Makanan yang kaya dengan kandungan umami Umami

Banyak makanan yang diambil setiap hari, kaya dengan kandungan umami. Glutamat semula jadi boleh didapati di dalam daging dan sayur-sayuran; manakala inosinat berasal terutamanya daripada daging dan guanylat pula daripada sayur-sayuran. Oleh itu, rasa umami adalah am dalam makanan yang mengandungi tahap L-glutamatIMP dan GMP yang tinggi, paling utama dalam ikankerangdaging awetsayur-sayuran (cth cendawantomato yang masak, sawi putihbayam, dsbnya.) atau teh hijau, dan produk-produk tuaan dan tertapai (cth. keju, belacan, kicap, dsbnya.). [25]Lazimnya, pengalaman terulung manusia dengan umami ialah susu ibu. [26] Ia mengandungi amoun umami yang sama seperti rebusan atau kaldu. Terdapat beberapa perbezaan antara air rebusan (kaldu) dari negara-negara berlainan. Dashi memberikan sensasi rasa umami yang sangat tulen kerana ia tidak berasaskan daging. Di dalam dashi, L-glutamat berasal dari kombu laut (Laminaria japonica) dan inosinat daripada empingan bonito kering (katsuobushi) atau ikan sardin kecil kering (niboshi). Sebaliknya, kaldu orang Barat atau orang Cina mempunyai rasa yang kompleks kerana ia mengandungi campuran asid amino yang lebih luas yang terdapat dalam tulang, daging dan sayur-sayuran.

Rujukan

WikiPedia: Umami http://www.cbc.ca/news/background/senses/umami.htm... http://www.cell.com/retrieve/pii/S0092867403000710 http://www.foodprocessing.com/articles/2005/434.ht... http://www.merriam-webster.com/dictionary/umami http://www.nature.com/doifinder/10.1038/72053 http://www.nature.com/nature/journal/v444/n7117/fu... http://www.nydailynews.com/life-style/food/2010/02... http://www.nytimes.com/2004/08/15/magazine/the-way... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S...